Friday, April 29, 2016

BICARA DAIE SALEBRITI, MENCARI KEBERKATAN

Alhamdulillah, JAKIM dengan kerjasama BAKISKA telah mengadakan program Bicara Daie Selebriti " Mencari Keberkatan " pada 28 April 2016 di Dewan Semarak Jati Kastam Putrajaya.
Ahli Panel jemputan ialah Prof Madya Dr Sharifah Norhayati dari Universiti Malaya dan Selebriti Samsul Ghau Ghau.
Moderator ialah Ustaz Mohamad Zafiri Mohamad Daud dari Jakim.
Sambutan amat menggalakan dan dewan semarak penuh dengan hadirin.













Thursday, April 21, 2016

WAHSIAT NABI

SAMA SAMALAH KITA RENUNG DAN FIKIR FIKIRKAN.

USTAZAH ARMI BT HALIT BERTUKAR KE JAKIM

Adalah dimaklumkan bahawa Ustazah Army bt Halit pegawai dari Jakim yang ditempatkan di Jabatan Kastam Ibu Pejabat telah bertukar semua ke Jakim pada 11 April 2016. Ustazah Army telah berkhidmat di Jabatan Kastam DiRaja selama 5 tahun. Beliau salah seorang pegawai Jakim yang ditempatkan di Jabatan ini dan bertugas di cawangan Integriti Ibu Pejabat Kastam Putrajaya,



Disamping tugas tugas rasminya, Ustazah Armi bergiat aktif dalam NGO terutamanya Badan Kebajikan Islam Kastam ( BAKISKA ). Beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agong Bakiska Malaysia. Sepanjang penglibatan beliau didalam Bakiska, belaiu banyak membantu kelancaran majlis majlis serta aktiviti yang dilaksanakan oleh Bakiska.

Pertukaran beliau seumpama sireh pulang keganggang dan Bakiska merasakan satu kehilangan besar seorang yang aktif berpersatuan. Bakiska mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha yang dicurahkan selama bertugas di Jabatan Kastam dan Bakiska sepanjang beliau berada di Jabatan ini.
Kami semua mendoakan agar Ustazah Army diberi keberkatan dan sihat tubuh badan untuk melaksanakan amanah Allah di muka bumi ini.. Amin.


Bersama Mantan Setiausaha Agong sebagai Pengacara Majlis.

Saturday, April 9, 2016

PENUTUPAN SEMINAR BAKISKA 2016

Seminar Penerapan Nilai Nilai Murni anjuran Bakiska Pusat dan Cawangan Latihan Ibu Pejabat telah berjalan dengan jayanya. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kastam Dato Khazali bin Hj Ahmad.




































Thursday, April 7, 2016

BENGKEL BAKISKA DI AKMAL 2016

Bakiska telah mengadakan Bengkel Penyelarasan aktiviti -aktiviti dan perlembagaan yang diadakan pada 5 - 8 April 2016 di Akmal Melaka.
Seramai 42 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan sebahagian AJK cawangan.