Tuesday, June 28, 2016

SUMBANGAN UNTUK ANAK ANAK YATIM DI SEK. TAMAN SEMARAK

InsyaAllah semperna bulan Ramadhan ini, Bakiska telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga anak anak yatim di Sek Keb Taman semarak Nilai. Program ini diadakan bagi membantu aktiviti panatia agama dan kaunseling di sekolah tersebut.
Menurut Kaunselor sekolah Cikgu Anisah Karim, disekolah sekoah ini terdapat lebih kurang 45 orang anak anak yatim. Subangan telah disampaikan oleh Tim YDP Hj Tajul Urus.





BAKISKA P. PINANG ; AKTIVITI RAMADHAN

SUMBANGAN KERUMAH WARGA EMAS






SUMBANGAN RAMADHAN




SUMBANGAN KE AMAN PALESTIN



Monday, June 20, 2016

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KAIN ELA KE RUMAH ANAK YATIM.

Pada 20 Jun 2016 bersamaan 15 Ramadhan Bakiska Pusat telah sudi menyampaikan sumbangan berupa kain ela putih ke dua-dua tempat anak yatim sempena bulan Ramadhan ini.
Pertama di Pusat Penjagaan Kanank kanak Yati dan Miskin Rukayah di Sg Merab Kajang dan kedua di Rumah Baitul Sakinah di Kota Warisan.
YDP Bakiska Tuan Iskandar sendiri telah turun padang menyampainkan sumbangan tersebut. Turut serta ialah Bendahari Puan Rozita dan Pen S/Usaha Tyan Shahiddin.







Saturday, June 18, 2016

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA SAUDARA BARU

YDP Bakiska Tuan Iskandar Jaafar telah sudi menyampaikan sumbangan raya kepada saudara baru di dalam jabatan kastan KLIA dalam majlis Ihya Ramadhan.




IHYA RAMADHAN DI KLIA

Bakaiska Caw. KLIA telah mengadakan ceramah agama dalam Program Ihya Ramadhan. Peceramah undangan ialah Prof Madya Dr Hasnan Kassan dari UKM. Tajuk  Ramadhan Menjelma I want to touch Al Quran.





Wednesday, June 15, 2016

SEMINAR KEROHANIAN BAKISKA K JAYA

Jakim, Cawangan Latihan dan Bakiska telah menganjurkan seminar kerohanian dan Qiamullail pada 2 - 3 jun 2016 di Surau Ar Rahman Kelana Jaya. 3 sesi ceramah telah dijalankan iaitu Lps solat isyak, Kuliah subuh dan kuliah Dhuha.
Kuliah isya disampaikan olej Ust Zamri Zainal Abidin.
Disamping iti siang hari sebelumnya diadakan rakaman takbir raya oleh RTM
Seramai 80 orang pegawai telah menyertai rakaman takbir raya tersebut.







YDP Bakiska Tuan Hj Iskandar sedang menyampaikan ucapan alu aluan.

SUMBANGAN BUBUR LAMBUK DI PUTRAJAYA

 Bakiska Ibu Pejabat telah mengadakan Program amal dengan mengagihkan bubur lambuk kepada staff yang bertugas di Ibu Pejabat Kastam Putrajaya. Ini adalah satu contoh amal yang amat baik membuat amal ebajikan di bulan Ramadhan ini.

Kelihatan bendahari Bakiska Pusat Puan Rozita dan AJK  Puan Syarifah
Nor Hijah membantu mengagihkan bubur lambuk.


SU Ibu Pejabat Zulham dan geng menyertai program tersebut.

Saturday, June 11, 2016

IFTAR JAMAIE BERSAMA KP

Jabatan Kastam KLIA telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama KPK pada 10 Jun 2016. Disamping majlis berbuka puasa, juga diadakan penyampaian sumbangan kepada anak anak yatim, ibu tunggal, pegawai yang kurang sihat dan sumbangan kepada pegawai-pegawai rendah.
Ketua Pengarah Kastam dan isteri, Pengarah Kastam KLIA Dato' Chik Omar b Chik Lim serta isteri dan Dato Matrang telah hadir bersama sama memeriahkan majlis tersebut.




SUMBANGAN BERBUKA PUASA KEPADA SEMUA CAWANGAN BERTUGAS GILIRAN

Seperti tahun tahun sebelumnya, setiap kali menjelang Ramadhan, Bakiska akan menyumbang wang tunai untuk majlis berbuka puasa kepada semua cawangan cawangan di KLIA yang bertugas giliran. Satu majlis ringkas telah diadakan di Pejabat Pengarah Kastan KLIA bagi menyerahkan sumbangan tersebut melalui ketua ketua cawangan masing masing.
Pengerusi Bakiska KLIA merangkap Tim YDP Pusat telah sudi menyampaikan sumbangan tersebut, sambil disaksikan ileh Puan Radziah Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penumpang dan GST.





AKTIVITI AKTIVITI BAKISKA SEPANJANG BULAN RAMADHAN.


Assalam mualaikum semua AJK Bakiska selurus negara.

Syukur kehadrat Allah swt kerana umur kita dipanjamgkan sehingga bertemu bulan Ramadhan pada tahum ini. Dibulan inilah kita diberi peluang untuk menambahkan amal ibadat kerana beramal dibulan Ramadhan ini mendapat ganjaran belipat ganda.

Berikut dicadangkan kepada semua Pengerusi, S/usaha  serta AJK Bakiska untuk melaksanakan program program seperti yang dirancang;

1.  Sumbangan berbuka puasa kepada masjid dan surau

2. Sumbangan makanan /  muman kepada petugas petugas kastam

3. Tadarus Alquran di pejabat

4. Sumbangan kepada Maad Tahfiz dan anak anak yatim serta ibu tunggal

5. Iktikaf dan banyakan solat sunat

6. Ihya Ramadhan, mengadakan ceramah ceramah.

Semuga kita mendapat keberkatan dari Allah swt.

Tuesday, June 7, 2016

SKIM KEBAJIKAN UNTUK AHLI AHLI BAKISKA