Friday, December 26, 2014

BAKISKA SUMBANG PEMBINAAN TELAGA DI KEMBOJA

Alhamdulillah, Bakiska melalui Bakiska Cawangan KLIA telah berjaya menyumbangkan 3 buah telaga dengan alatan mengepam air di 3 buah kampong di Kemboja pada 6 hingga 8 Oktober 2014.
Telaga telaga tersebut dapat dimanaafatkan oleh seluruh penduduk kampong berkenaan untuk air minum, mandi dan membasuh.
Bagitu juga dimasjid masjid untuk kegunaan para jemaah mengambil wuduk dan mandi.


Telaga Pum sumbangan BAKISKA

Thursday, December 25, 2014

PROGRAM PRIHATIN GELADANGAN

Pada 12 Disember 2014 Bakiska bersama pelajar-pelajar USIM telah mengendalikan Projek Prihatin kepada Geladangan. Program ini telah berjalan diBandarayara Kuala Lumpur sekitar masjid Jame' dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Sesungguhnya projek ini  menarik perhatian orang ramai kerana rasa simpati dengan masyarakat Geladangan. Peserta peserta telah mengedarkan makanan, air mineral dan pakaian terpakai kepada para Geladangan tersebut.


AJK Bakiska KLIA dan Pelajar USIM


FORUM PERDANA

Bakiska Pusat akan mengajurkan Forum Perdana bertajuk;
Peranan Ibu Bapa dan Masjid Membentuk Insan Bertaqwa" akan diadakan pada 27 Dis 2014 selepas solat Magrib di Masjid Kuarters KLIA.
Tuan Puan yang berkelapangan dijemput hadir.