Saturday, December 17, 2016

Sambutan Maulidurasul 1438.

Banyak cawangan cawangan Bakiska seluruh negara telah menyertai Sambutan serta Perarakan Maulid Ur rasul di tempat masing masing pada tahun ini.

 Kontigen Bintulu

 Bintulu

Kontigen Melaka





Bakiska Pulau Pinang.


Kontigen Lahad Datu

Tuesday, November 29, 2016

KEMBARA MASYARAKAT DI PULAU TUBA



KEMBARA DAKWAH BAKISKA - JAKIM
KEPULAU TUBA, LANGKAWI

Sunday, November 27, 2016

FORUM PERDANA SEMPENA PROGRAM MESRA KOMUNITI PULAU TUBA.

Satu Forum Perdana telah diadakan sebagai penutup di Majlis Mesra Komuniti di Pulau Tuba. Forum ini diadakandi Masjid Al Wafa Pulau Tuba. Tiga orang Ahli Panel telah diundang dalam majlis forum tersebut.

1. Tuan Syeikh Mohd Rasydan bin A Rahman
    Penolong Pengarah Bah Penguatkuasaan, JHEAIK
2. Ust. Mohamad Zari bin Mohamed Shapik
    Pengarah Bahagiab Pengurusan Rangkaian Media SKMM
3. Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh
    Ketua Penolong Pengarah Kanan - Halal Jakim
 
    Moderator : Syeikh Mohda Ashraf bin Mohsin
    Penolong Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu.

Tajuk: BICARA ADDIN - KELUARGA SAKINAH










PROGRAM MESRA KOMUNITI DI PULAU TUBA LANGKAWI.

Pihak Jakim dan Bakiska serta lain lain agensi telah mengadakan Program mesra komuniti dengan penduduk penduduk di Pulau Tuba Langkawi pad 25 Nov 2016.  Program ini diadakan bertujuan merapatkan lagi hubungan antara beberapa agensi kerajaan, NGO dan penduduk setempat.

Beberapa acara telah diadakan semasa program tersebut;
antaranya:
ceramah Motivasi pelajar
Sukaneka /sukan rakyat
Futsal
Penyampaiana sumbangan pelajar sekolah
Penyampaian sumbangan keluarga miskin terpilih
Sumbangan anak anak yatim
dan Forum Perdana diadakan pada sebelah malamnya.

Bakiska telah menghantar ahlinya seramai 14 orang terdiri daripada Bakiska caw. Perlis Kedah, Pulau Pinang dan KLIA. Delegasiini diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam, Timbalan YDP Bakiska Pusat.












Wednesday, November 23, 2016

PROJEK KEMASKINI PEJABAT BAKISKA PUSAT.

Bakiska Pusat sedang mengemaskinikan pejabat baru yang terletak di Kelana Jaya.





 

MERIAHNYA BAKISKA KELANTAN ANJUR FAMILY DAY.

Bakiska Kelantan telah Berjaya mengadakan hari Keluarga Bakiska tahun ini pada 18 dan 19 Nov 2016 di Permai Resort Bachok. Semua Pimpinan dan Ajk Bakiska telah melibatkan diri dalam program tersebut.
Tahniah AJK Bakiska Kelantan.

 Kalu x silap saya yg ni Siti Mariam...




 





Tuesday, October 11, 2016

PEGAWAI KASTAM WANITA TERBUNUH DIREMPUH TONTO SEMASA BERTUGAS.

#DTrKELANTAN Anggota Kastam yang terlibat dengan kejadian tonto langgar kereta penguatkuasaan Rantau Panjang, kini kritikal. Sama-sama kita doakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan.
#DTrAgen Qilla
Update.. Pegawai Kastam yg maut dlm kemalangan ketika mengejar penyeludup akan dikebumikan petang ini di Aur Duri, Pasir Mas
Wanita maut dirempuh 'tonto'
Kota Bharu: Seorang pegawai kastam wanita meninggal dunia selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki bersama dua rakan sekerja dipercayai dirempuh kenderaan 'tonto' kejadian di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas,Jumaat lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, mangsa, Anisah Ali, 54, meninggal dunia kira-kira jam 11 malam tadi.
Menurutnya, mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
"Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.
"Kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu, mangsa bersama dua rakan sekerja lelaki sedang bertugas dan pada masa sama, sebuah kenderaan dinaiki tonto bertindak menghimpit kenderaan mereka yang menyebabkan terbabas dan merempuh pokok.
"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dan kenderaan jenis pacuan empat roda dihantar ke Jabatan Forensik untuk tindakan lanjut " katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Katanya, siasatan awal kejadian, kenderaan mangsa cuba menahan sebuah kenderaan lain dipercayai menyeludup rokok.

Ab Rahman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Copy dari Daily Traffic Report.
                          PIKK ANISAH BT ALI
                           Ahli Bakiska Kelantan








Monday, October 3, 2016

Program Qurban Bakiska TVRI.

Tuesday, September 27, 2016

ZIARAH DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DI DAYAH NURUL HUDA ACHEH.

Bakiska telah mengadakan ziarah dan seterusnya menyampaikan bantuan ke Pusat Penjagaan Anak-anak Yatim  Dayah Nurul Huda Desa Ajee Cut, Kec Imgin Jaya Acheh pada 17 Sept 2016.
YDP Bakiska Tuan Iskandar telah menyampaikan sumbangan tersebut bagi pihak Bakiska. Sumbangan yang disampaikan berupa Telekong, Terjemahan Alquran, Kain batik dan Wang Tunai bernilai RM 5000.00