Sunday, February 28, 2016

Cawangan Selangror Sampaikan Sumbangan Ke Sekolah Tahfiz

Bakiska Selangor telah mengadakan program menampaikan bantuan kepada Pusat Tahfiz.




PROGRAM BANTUAN GELADANGAN BAKISKA

Bakiska W. Persekutuan KL dengan kerjasama Bakiska Pusat telah mengadakan Program menyampaikan  bantuan kepada Geladangan dikawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.
Pengarah Kastam Kuala Lumpur, YDP Bakiska Setiausaha agong dan beberapa AJK Negeri dan Pusat telah menyertai program tersebut.




Tuesday, February 16, 2016

TARIKH SEMINAR KEPIMPINAN BAKISKA MALAYSIA

InsyaAllah tarikh baru Semianar Kepimpinan Bakiska Malaysia yang akan diadakan di
AKMAL Melaka akan ditetapkan pada

4 APRIL HINGGA 8 APRIL 2016

PERJUMPAAN DAN DIALOG YDP BAKISKA DENGAN PENGERUSI DAN S/USAHA CAWANGAN.

Majlis dialog antara YDP Bakiska dengan semua Pengerusi dan Setiausaha cawangan cawangan seluruh negara telah diadakan pada 27 Jan 2016 bertempat di Auditorium Besar Pejabat Kastam Kelana Jaya.
Banyak persoalan persoalan yang dikemukankan oleh para peserta dalam majlis dialog tersebut. Perkara pokok yang dibincangkan ialah mesaalah pendaftaran ahli ahli lewat diambil tindakan. Diikuti dengan persoalan tuntutan skim kebajikan am yang lewat dibayar.
Hasilnya, beberapa masaalah telah dapat diselesaikan. Dan pihak Bakiska Pusat sedaya upaya akan menangani masaalah tersebut.










TAHLIL DAN YASSIN HARI KASTAM SEDUNIA 2016

Tarikh : 22 Jan 2016
Tempat : Surau Ar Rahman Kelana Jaya
Masa: 6.30 petang - magrib.


Timbalan YDP Hj Tajul dan AJK Tuan Hazman

Pen Setiausaha Agong Ustazah Armi dan Pelapis 
Setiausaha Agong baru Puan Suraya.

Meja VIP, YDP Tuan Hj Iskandar Jaafar.



BAKISKA ANJUR CERAMAH USTAZ KAZIM SEMPENA HARI KASTAM SEDUNIA 2016

Sempena Hari Kastam Sedunia pada tahun ini 2016, Pihak Bakiska Malaysia telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil. Disamping itu, Bakiska juga telah menganjurkan ceramah Perdana yang disampaikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Hj Mohd Kazim Alias Al Hafiz.
Kehadiran amat menggalakan dan disertai oleh pegawai tertinggi jabatan di ketuai oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Seri Khazali Hj Ahmad serta timbalan timbalannya.

Tahniah Bakiska Malaysia atas kejayaan penganjuran tersebut.



USTAZ HJ MOHD KAZIM BIN ALIAS ALHAFIZ





YDP Bakiska bersama Dato Sri KP dan Dato Kazim.





BACAAN KHUTBAH SEMPENA HARI KASTAM SEDUNIA 2016.

Sempena Hari Kastam Sedunia kali ke 34 tahun 2016, Bakiska Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan teks khutbah pada solat Jumaat. Bacaan teks khutbah yang diluluskan oleh Jakim itu telah disampaikan oleh Tuan Jowel, salah seorang AJK Bakiska Pusat di surau Ar Rahman Kelana Jaya.

Tuan Jowel, AJK Bakiska Pusat sedang menyampaikan Khutbah Jumaat
di Surau Ar Rahman Kelana Jaya sempena sambutan Hari Kastam sedunia 
tahun 2016.

Mesyuarat Di Pejabat Baru Bakiska, Di Kelana Jaya

Bakiska Pusat telah mendapat pejabat baru bertempat di bangunan surau Kelana Jaya. Pejabat ini adalah ehsan daripada PKN Wilayah Persekutuan. Mulai sekarang segala fail dan dokumen akan diselenggarakan di pejabat baru ini.




Mesyuarat Pertama diadakan dipejabat baru Bakiska.