Thursday, April 21, 2016

USTAZAH ARMI BT HALIT BERTUKAR KE JAKIM

Adalah dimaklumkan bahawa Ustazah Army bt Halit pegawai dari Jakim yang ditempatkan di Jabatan Kastam Ibu Pejabat telah bertukar semua ke Jakim pada 11 April 2016. Ustazah Army telah berkhidmat di Jabatan Kastam DiRaja selama 5 tahun. Beliau salah seorang pegawai Jakim yang ditempatkan di Jabatan ini dan bertugas di cawangan Integriti Ibu Pejabat Kastam Putrajaya,



Disamping tugas tugas rasminya, Ustazah Armi bergiat aktif dalam NGO terutamanya Badan Kebajikan Islam Kastam ( BAKISKA ). Beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agong Bakiska Malaysia. Sepanjang penglibatan beliau didalam Bakiska, belaiu banyak membantu kelancaran majlis majlis serta aktiviti yang dilaksanakan oleh Bakiska.

Pertukaran beliau seumpama sireh pulang keganggang dan Bakiska merasakan satu kehilangan besar seorang yang aktif berpersatuan. Bakiska mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha yang dicurahkan selama bertugas di Jabatan Kastam dan Bakiska sepanjang beliau berada di Jabatan ini.
Kami semua mendoakan agar Ustazah Army diberi keberkatan dan sihat tubuh badan untuk melaksanakan amanah Allah di muka bumi ini.. Amin.


Bersama Mantan Setiausaha Agong sebagai Pengacara Majlis.

No comments: