Sunday, August 21, 2016

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEBAKARAN DIRUMAH AHLI KOTA WARISAN.

Bakiska dengan kerjasama cawangan KLIA telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga ahli yang ditimpa musibah dengan kebakaran rumah dibahagian dapur. Keluarga berkenaan ialah Puan Nur Aisyah Doreen Abdullah yang bertugas di KLIA dan tingga di No 37, Jalan 2 Taman Warisan Bistari Dengkel Selangor.
Kebakaran akibat litar pintas itu menyebabkan kerosakan semua bahagian dapur dan seluruh barangan didalah rumah turut rosak akibat asap hitam dan kepanasan haba.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berhubung dengan Puan Aisyah Doreen melalui HP 010 2993220 atau terus keakaun Bakiska KLIA Bank RHB 26236200000220. tk




MENYAMPAIKAN BANTUAN KE PONDOK BUSTANOL ARIFFIN, LEBUHAN DAGANG.

Bakiska dengan kerjasama Bakiska Cawangan KLIA telah menyampaikan sumbangan berupa makanan dan wang tunai ke Pondok Bustanol Ariffin di Lebuhan Dagang Olak Lempit Selangor.





KEMPEN KEAHLIAN KEPADA PEGAWAI PEGAWAI KASTAM BARU DI AKMAL MELAKA.

Bakiska telah dijemput  untuk memberi penerangan dan kempen keahlian Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia kepada peserta peserta kursus asas Pegawai Kastam di Akmal pada 19 Ogos 2016. Tim YDP Tuan Hj Tajul Urus telah diarahkan oleh YDP untuk memberi ceramah dan kempen tersebut. Peserta seramai 285 orang termasuk yang bukan Islam.






 Bersama Presiden KPKSM En Muktar Seman dan S/usaha Agong
En Mazlan Shaari.


Monday, August 15, 2016

CERAMAH PENGURUSAN HARTA DARI PERSPEKTIF ISLAM.

Satu Ceramah bertajuk " Pengurusan Harta Dari Perspektif Islam" telah diadakan di Ibu Pejabat Kastam Putrajaya. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Baharuddin Idris dari Jabatan Agama Islam W Persekutuan KL. Ceramah ini anjuran Cawangan Integriti Ibu Pejabat Kastam dengan usahasama Bakiska.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP Bakiska Tuan Iskandar Jaafar, TYDP Tuan Hj Tajul Urus, Ust Khawi dan penganjur Ustaz Imran dari Jakim Caw. Integriti.




YDP Bakiska, Tuan Hj Iskandar Jaafar sedang menyampaikan
cenderahati kepada Penceramah.


Tuesday, August 2, 2016

YDP BAKISKA DI PERSADA JURNAL TV1

YDP Bakiska Tuan Hj Iskandar dalam program Persada Jurnal din TV1 pada 1 Ogos 2016
anjuran JAKIM.


RAKAMAN TAKBIR RAYA KASTAM

Pihak Jabatan Kastam Diraja telah mengadakan rakaman Takbir raya anjuran bersama Jakim dan RTM. Bakiska telah diberi amanah untuk menyertai rakaman tersebut yang diadakan di Surau ArRahman Kelana Jaya. Turut hadir Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato Seri Khazali bin Hj Ahmad, YDP Bakiska Malaysia Tuan Hj Iskandar Jaafar serta pengarah pengarah dari negeri negeri dan Ibu Pejabat.
Takbir raya  telah diketuai oleh Hj Mohd Nasir Deraman, Pengerusi Bakiska Ibu Pejabat.