Tuesday, September 27, 2016

ZIARAH DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DI DAYAH NURUL HUDA ACHEH.

Bakiska telah mengadakan ziarah dan seterusnya menyampaikan bantuan ke Pusat Penjagaan Anak-anak Yatim  Dayah Nurul Huda Desa Ajee Cut, Kec Imgin Jaya Acheh pada 17 Sept 2016.
YDP Bakiska Tuan Iskandar telah menyampaikan sumbangan tersebut bagi pihak Bakiska. Sumbangan yang disampaikan berupa Telekong, Terjemahan Alquran, Kain batik dan Wang Tunai bernilai RM 5000.00








Monday, September 19, 2016

SEKITAR PROGRAM ZIARAH DAN IBADAH QURBAN DI ACHEH.

Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia ( Bakiska ) telah mengorak langkah menggerakan aktiviti aktivitinya bukan sahaja di dalam negeri, malahan telah melangkah keluar negeri. Pada setiap tahun Bakiska tidak ketinggalan menyertai ibadah Qurban. Pada tahun lepas pihak Bakiska telah melaksanakan ibadah Qurban di Kemboja dan Vietnam.
         Pada tahun ini kami telah melangkah setapak lagi dengan menganjurkan Ibadah Qurban dan Ziarah saudara seIslam di Banda Acheh. Program ini dengan usahasama Masjid Kuarters KLIA dan Surau Al Islah Kota Serimas.
         Sebanyak 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah di serahkan untuk ibadah Qurban. Seramai 41 orang peserta terdiri daripada ahli serta keluarga telah menyertai rombongan ini mualai 14 - 17 Sept 2016.

Hari Pertama
Telah melaksanakan Qurban 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing di Dayah Istiqamatuddin Babul Muarrif, Gampong Ladong Dusun TGK Chik Di Cot Mee, Kec Mesjid Raya Acheh Besar.