Tuesday, October 11, 2016

PEGAWAI KASTAM WANITA TERBUNUH DIREMPUH TONTO SEMASA BERTUGAS.

#DTrKELANTAN Anggota Kastam yang terlibat dengan kejadian tonto langgar kereta penguatkuasaan Rantau Panjang, kini kritikal. Sama-sama kita doakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan.
#DTrAgen Qilla
Update.. Pegawai Kastam yg maut dlm kemalangan ketika mengejar penyeludup akan dikebumikan petang ini di Aur Duri, Pasir Mas
Wanita maut dirempuh 'tonto'
Kota Bharu: Seorang pegawai kastam wanita meninggal dunia selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki bersama dua rakan sekerja dipercayai dirempuh kenderaan 'tonto' kejadian di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas,Jumaat lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, mangsa, Anisah Ali, 54, meninggal dunia kira-kira jam 11 malam tadi.
Menurutnya, mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
"Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.
"Kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu, mangsa bersama dua rakan sekerja lelaki sedang bertugas dan pada masa sama, sebuah kenderaan dinaiki tonto bertindak menghimpit kenderaan mereka yang menyebabkan terbabas dan merempuh pokok.
"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dan kenderaan jenis pacuan empat roda dihantar ke Jabatan Forensik untuk tindakan lanjut " katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Katanya, siasatan awal kejadian, kenderaan mangsa cuba menahan sebuah kenderaan lain dipercayai menyeludup rokok.

Ab Rahman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Copy dari Daily Traffic Report.
                          PIKK ANISAH BT ALI
                           Ahli Bakiska Kelantan








Monday, October 3, 2016

Program Qurban Bakiska TVRI.