Sunday, November 27, 2016

PROGRAM MESRA KOMUNITI DI PULAU TUBA LANGKAWI.

Pihak Jakim dan Bakiska serta lain lain agensi telah mengadakan Program mesra komuniti dengan penduduk penduduk di Pulau Tuba Langkawi pad 25 Nov 2016.  Program ini diadakan bertujuan merapatkan lagi hubungan antara beberapa agensi kerajaan, NGO dan penduduk setempat.

Beberapa acara telah diadakan semasa program tersebut;
antaranya:
ceramah Motivasi pelajar
Sukaneka /sukan rakyat
Futsal
Penyampaiana sumbangan pelajar sekolah
Penyampaian sumbangan keluarga miskin terpilih
Sumbangan anak anak yatim
dan Forum Perdana diadakan pada sebelah malamnya.

Bakiska telah menghantar ahlinya seramai 14 orang terdiri daripada Bakiska caw. Perlis Kedah, Pulau Pinang dan KLIA. Delegasiini diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam, Timbalan YDP Bakiska Pusat.












No comments: